Langkah
Asas Membuka Lesen Perniagaan (Sarawak)
Setiap sesuatu memerlukan ‘izin’, termasuk
dalam perkara ini adalah dalam berniaga, sudah tentu kita wajib mempunyai lesen
niaga, sama ada berniaga yang kecil apalagi besar. Sebagai usahawan, kita mesti
mempunyai cita-cita besar, maka pertama yang kita wajar buat adalah daftarkan
perniagaan kita dengan undang-undang di bawah negeri kita.
Hari ini, kami cuba berkongsi dengan semua,
terutamanya yang berniat hendak membuka perniagaan dan hendak memulakan perniagaan.
Bagi yang sudah berniaga, sudah tentu mengetahui selok-belok membuka daftar
baharu nama perniagaan, catatan ini kami khususkan kepada yang ingin membuka
perniagaan baharu, yang ingin menjadi usahawan, yang ingin berjaya membuka
sebuah syarikat sendiri suatu masa nanti. Mendaftarkan perniagaan adalah satu
permulaan perniagaan kita. Jom daftar!
Pertama kali, untuk membuka perniagaan, kita
memerlukan perkara asas yang perlu kita siapkan awal, atau yang perlu kita
rancang awal dari mana akan kita dapat dokumen ini, antaranya senarai nama
perniagaan kita, alamat tempat kita berniaga, dan bidang apa yang kita hendak
berniaga dan juga ‘tenancy aggreement’. Ini perkara asas yang wajib ada
(melainkan ada beberapa bidang perniagaan yang boleh menggunakan alamat rumah).
Baik, jangan pening dahulu, biasanya bagi yang
pemula, mereka akan pening kepala untuk dapatkan sewaan premis dan alamat, ini
kadang-kadang membuatkan usahawan yang lemah berputus asa, kerana mereka
memikirkan bagi mendapatkan premis perniagaan, harus ada menyewa ruangan
pejabat, kalau di Bandar utama, sewaan mencecah RM700-1000 untuk tingkat 2 atau
3 pejabat. Kami akan cerita satu-persatu langkah yang perlu kita buat untuk
mendaftarkan sebuah syarikat.
Nama
Perniagaan
Nama perniagaan penting untuk di fikirkan
dahulu sebelum pergi ke LHDN bagi membuat carian nama perniagaan. Nama
perniagaan mengambarkan perniagaan kita, atau boleh jadi mengambarkan
cirri-ciri perniagaan tersebut. Nama perniagan perlu di listkan, dengan
beberapa pilihan, mungkin 5-7 nama perniagaan. Ini kerana, biasanya nama
perniagaan yang biasa sudah tidak boleh di daftarkan kerana sudah terlalu
banyak syarikat yang berdaftar dengan nama yang biasa kita berikan. Pemilihan
nama unik adalah penting bagi memastikan nama perniagaan kita di sahkan oleh
pihak LHDN. Paling mudah meletak nama sendiri untuk nama syarikat, namun tak
semua pendiri perniagaan suka meletak nama mereka dalam nama perniagaan mereka.
Setelah mempunyai beberapa nama perniagaan,
datanglah ke LHDN aras 1 (kalau di Kuching, Sarawak) dan pergi ke kaunter
carian nama perniagaan. Ada borang warna putih yang perlu kita isikan, dan
isikan nama perniagaan kita dalam borang tersebut. Borang itu akan di semak
oleh pegawai kaunter, dan akan memilih nama perniagaan apa yang boleh di
gunakan dan tidak boleh. Sehingga proses ini selesai, nama perniagaan pun sudah
di sahkan oleh pihak LHDN, mereka akan memberikan borang hijau muda dan saiznya
besar dari A4 dan memerlukan kita mengisi dan menyediakan dokumen seperti yang
di kehendaki dalam masa 10 hari bekerja.
Premis
Perniagaan
Dalam syarat pemohonan borang kita tadi, ada
dokumen yang perlu kita sediakan, yakni surat perjanjian sewaan (tenancy
agreement) atau dokumen hak milik bangunan sendiri (jika kita memiliki bangunan
sendiri). Dokumen ini perlu di stamp hasil kan dengan harga RM10 di LHDN aras
yang sama. Jadi, bagaimana kita nak dapatkan surat penyewaan? Ada beberapa
cara, jika anda ada saudara, rakan yang ada bangunan sendiri (bangunan
komersial), anda boleh minta mereka tolong untuk buatkan surat perjanjian
sewaaan dengan bayaran tertentu. Surat itu kemudian di stamp hasil. Dokumen
empunya bangunan dan surat penyewaan dan extract lokasi juga di sertakan
sebagai dokumen.
Bagaimana jika saya tiada kawan dan saudara?
Gunakan musuh kita..he..he….kalau tiada kawan atau saudara, anda boleh google
syarikat yang ada membuat sewaan pejabat atau inkubutor pejabat. Sekarang
banyak juga syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini, menyediakan khidmat
sewaan pejabat dalam tempoh minimum setahun, dan bayaran on-off setahun. Mereka
akan sediakan semua dokumen yang kita perlukan, dan kita cuma bayarkan kos
perkhidmatan mereka.
Selain cara di atas, mungkin ada yang sudah
mempunyai premis perniagaan, itu teruslah guna premis perniagaan masing-masing,
namun kami tidak galakkan, anda menyewa premis semata-mata untuk mendaftarkan
perniagaan anda, nanti duit cuma membayar sewa premis, perniagaannya entah di
mana.
Cop
Syarikat
Sesudah berjaya dalam dokumentasi perjanjian
sewaan pejabat, anda sudah boleh pergi ke kedai cop untuk membuat cop alamat
berdasarkan nama syarikat yang sudah di luluskan LHDN dan alamat yang di
sewakan seperti dalam perjanjian sewaan. Selesai, cop syarikat dan dokumen
lainnya, anda boleh pergi lagi ke LHDN dan serahkan dokumen pendaftaran anda
kepada mereka.
Bayaran
Untuk syarikat baharu, bayarannya ada RM50
sahaja, dan setiap bidang adalah RM25 sahaja. Jika anda mendaftar 3 bidang,
bayarannya dalam RM125 ( 3 x RM25 + RM50). Bayaran lainnya adalah penyiapan
dokumen anda seperti perjanjian sewaan premis dan cop syarikat. Di anggarkan
tidak lebih dari RM350 ke bawah untuk membuka sebuah syarikat.
Penama
dan Syer Perniagaan
Ini saya lupa hendak maklumkan, jika ada
beberapa orang yang hendak membuka perniagaan secara bersama, kita boleh isikan
nama mereka dan jumlah syer dalam perniagaan bersama. Kalau syer nya Cuma
seorang, 100% lah share kita dalam syarikat tersebut.
Untuk
Sdn Bhd dan PLT
Bagi syarikat yang berdaftar dengan SSM, perlu
sertakan dokumen Form 9, 49 dan 24 dan dokumen lainnya seperti di dalam list
borang yang di berikan pihak LHDN. Yang di atas, kami catatkan sebuah syarikat
asas Enterprise sahaja. Dokumen lain tetap sama.
Selamat membuka perniagaan sendiri dan rakan
kongsi! Jom buka perniagaan dan syarikat, letakkan matlamat dan fokus
pembangunan syarikat, inshAllah, tiada apa yang dapat mengugat semangat
usahawan yang inginkan kejayaan. Wah, dah ada perniagaan sendiri ya!
(Penulis adalah pendiri perniagaan Bestway
Tours & Travel Sdn Bhd, Pengurus Bestway Enterprise, Pengurus Bestway
Transportation, Pengurus Salam Bestway Company)





0 comments