*Susah dan Jerih Kehidupan, Ada Lagi Yang Perih*
Ini cerita semalam, saya nukilkan di sini, untuk kita, ye untuk kita mendapat iktibar dan untuk para penyumbang yang dermawan, semoga Allah sahaja yang membalas kebaikan penyumbang.
Telah selesai 'mini projek' yg saya war-warkan, pada awal mulanya hanya 2 rumah sahaja yang di sasarkan, namun kita berjaya memberikan sumbangan kepada 9 buah rumah hasil dari sumbangan semua. Alhamdulillah.
Ketika kita memberikan bantuan kepada yang memerlukan, sudah tentu kita memberikan kepada mereka yang kurang berkemampuan, dan sebenarnya saya tidak mahu menyebut perkataan ini, yakni miskin secara hakikatnya. Walaupun mereka begitu, namun akhlak mereka tidak miskin dgn budi bahasa menyambut tetamu, penuh dengan senyuman di hati walaupun kehidupan mereka agak sukar.
Begitu lah, keadaannya, sekitar ziarah rumah ke rumah semalam, namun saya hendak berkongsi satu cerita ini, kepada pembaca, tentang sebuah rumah di Temenggong menuju Telaga Air, Kuching.
Kami mendapat info dari sahabat kami Ustaz Faizer Bahron, kerana yang hendak di lawati adalah anak murid beliau. Kami ke sana dan mengambil PK HEM, sekolah beliau juga kerana PK HEM yang tahu letaknya rumah pelajar ini.
Ustaz Faizer sudah memaklumkan masuk ke rumah pelajar ini, tanah becak dan akan mengotorkan kereta, saya jawab, tiada masalah kereta kotor, janji kita menunaikan amanah penyumbang.
Ya, kami melalui kawasan tanah putih yang becak, alhamdulilah hujan sudah berhenti dan boleh di lalui jalan ini. Sampai di sini, kami di sambut dengan salakan anjing, anjing jiran sebelah yang selalu bermain di kawasan rumah mereka.
Mencari tuan rumah, seorang perempuan (suaminya bekerja buruh) dan mempunyai 3 orang anak, ketika kami datang anak-anaknya sedang mandi (bukan mandi dalam tandas namun di 'kolam air) berhampiran rumah.
Mula-mula, tidak terasa apa apa, mereka mandi dalam keadaan tanpa pakaian seperti di kampung zaman kita dahulu dengan gembira. Ya, mereka gembira. PK HEM memanggil manggil mereka, dan menyuruh mereka ke sini, rasa lucu pula keadaan begitu, seolah-olah kita berada jauh dr bandar.
Kami pun di pelawa oleh ibunya masuk ke rumah, kami masuk sebuah rumah yang uzur, tiada apa-apa melainkan rumah ini seolah-olah bukanlah tempat yang sepatutnya di diami. Kami ternampak bilik tidur mereka, tanpa apa apa alas sarung bantal dan cadar tilam, lusuh dan comot. Maaf, saya bukan berniat menceritakan aib, saya nak gambarkan mereka ini dalam keadaan miskin, miskin sangat sampai tidak terurus kehidupan mereka. Mereka cuma memikirkan apa yang hendak di kerjakan esok untuk makanan dan kehidupan.
Walaupun kehidupan mereka sukar, tidak nampak kesedihan si ibu membesarkan anak-anaknya, malah boleh tersenyum dan berkata inilah kehidupan saya, beginilah...
Saya percaya, yang punya hati keras dan batu pun boleh merasa sedih dengan kehidupan keluarga ini. Di ceritakan Ustaz Faizer, gurunya anak ini biasanya tiada duit belanja untuk mengalas perut mereka ketika di sekolah, kadang kadang (bukan tujuan mengaibkan) , anak ini mengambil makanan pelajar lain (dlm istilah kita mencuri) untuk makan! Mereka yang waras, percayalah dalam keadaan miskin dan tidak punya duit, dalam keadaan lapar, apakah mencuri itu salah untuk mengisi perut seorang manusia? Yang salahnya kita, kerana kurang peka dan prihatin dengan kesukaran masyarakat, yang salahnya kita kerana tidak endah dengan mereka, yang salahnya kita kerana kesenangan kita sampai melupakan mereka, yang salahnya saya sendiri...ya kita sendiri...Allah, ampunkan kami, ketika kami menadah tangan di sepertiga malam, kami lupa menadah dan berkongsi rezeki untuk mereka yang memerlukan.
Saya sempat mengambil gambar dalam keadaan anak ini malu untuk di ambil gambar, betapa gembiranya mereka dengan roti Appolo yang kami berikan kepada mereka.Amat ceria di wajah mereka, hanya roti appolo ini menceriakan anak anak miskin dari kaca kehidupan mereka.
Terima kasih penyumbang yang budiman, terima kasih walaupun anda tidak dapat bersama menyampaikan,kami yakin hati anda tetap bersama kami.
Kami dengan ini hendak melancarkan satu tabung khas 'Mini Projek II' untuk keluarga di Temenggong ini, membantunya membeli pakaian, alas tidur dan keperluan kehidupan dan sekolah anaknya, lainnya yang mereka perlukan. Hanya satu keluarga ini sahaja dahulu, semoga sumbangan keperluan hidup ini dapat memberikan keceriaan kepada keluarga ini.
Bagi yang nak bersama dalam 'Mini Projek II' ini, whatsapp kami di www.wasap.my/60198867561 untuk kami berikan info lanjut
إِنْ أَحْسَنتُمْ أَحْسَنتُمْ لِأَنفُسِكُمْ وَإِنْ أَسَأْتُمْ
”Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat maka kejahatan itu bagi dirimu sendiri…”.
(Al Isra ayat 7)
(Untuk makluman, kami akan link kan juga mereka ini dengan pihak Baitulmal Sarawak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat nanti)
Bahtiar b Hj Mahidin
26 Ramadan 1440H.
#bersamadalamkebaikan




















0 comments