Singapura :
Kota Batu Dalam Taman.
Singapura terdiri daripada 5.7 juta rakyat sahaja.
Dengan bilangan ini dengan negeri pulau yang kecil dalam peta dunia. Dulu
Singapura hanya berskala 500 km persegi, dengan penambakan, saiznya lebih
kurang 720 km persegi sekarang. Betul, negara ini tidak besar, namun nama
Singapura bukan asing dalam peta dunia.
Dahulu, Singapura adalah sebahagian dari Malaysia
selama 2 tahun lebih, jika kita membuka lembaran sejarahnya, namun pada tahun
1965, Singapura telah menjadi negara yang terpisah dari Malaysia. Jika hendak
di ceritakan sejarah ini, mungkin agak panjang dan ‘panas’. Kita tinggalkan
cerita panas ini kerana sebenarnya kita hendak bercerita mengenai apa yang kita
boleh pelajari dari Kota Singa ini.
Jika anda pertama kali ke Singapura, kemungkinan
besar anda tidak dapat merumuskan 'rupa bentuk' Kota Singapura.
Singapura begitu gah dengan bangunan tinggi dan
mempunyai rekabentuk arkitek yang tinggi. Bangunan di Singapura memiliki alur
arkitek yang unik di setiap bangunan gah di kota, seolah-olah rekabentuk yang
unik dan menarik menjadi kewajiban dalam pembinaan bangunan di Singapura.
Dalam terpesona kita melihat bangunan yang pelbagai
bentuk, warna di Singapura, dengan keunikan setiapnya, kita jangan lupa akan
kehijauan yang mereka pelihara sebagai aset berharga negara mereka.
Produk pelancongan mereka mencerminkan betapa alam
tidak di pisahkan dalam aspek penting pembangunan kota Singapura. Seperti di
Resort World Sentosa, malah di setiap jalan mereka juga di kelilingi tanaman.
Jangan terkejut, jika kita menemui pokok kecil di Singapura mempunyai sarang
burung!
Singapura di didik dengan amalan kebersihan (sama ada
mereka melaksanakan amalan kebersihan di sebabkan undang-undang atau sebagai
amalan kehidupan- itu cerita lain), walaupun di katakan pembuangan sampah di
Singapura di kenakan sama sehingga beratus dolar, merupakan faktor kebersihan
Singapura, namun 'tujuan' undang-undang
sebegitu menjadikan Singapura antara negara terbersih di dunia. Memang tidak di
nafikan, amat susah kita hendak melihat sampah di kota ini. Bukan itu sahaja
sebenarnya, pengurusan sisa pepejal Singapura juga amat baik, kerana itu kita
tidak menghidu bau yang tidak menyenangkan di sini, melainkan udara segar di
sebalik tanam-tanaman mereka terutamanya di dalam produk pelancongan mereka.
Contohnya, jika anda ke Garden by the Bay, anda akan
lihat harmoninya alam dengan produk pelancongan mereka, taman-taman yang mereka
wujudkan menampakkan nilai alam dalam konteks bersahabat dengan alam. Udara
yang segar dengan pemandangan yang indah cukup membuatkan kita terpesona dengan
Singapura. Garden by the Bay memberikan suatu nilai dalam konteks memelihara
alam dalam memanfaatkan teknologi kepada kuasa.
Singapura juga masih mengekalkan sejarah mereka
dengan memelihara bangunan sejarah, termasuklah sebuah kampung yang bernama
Kampung Glam, yang kini menjadi tarikan pelancongan di sini.
Kampung Glam, di bina 160 tahun dahulu oleh Sultan
Ali, anak Sultan Hussein Shah, Sultan Melayu di Singapura semasa itu. Kampung
Glam ini dahulu tidak jauh dari persisiran pantai, sebuah perkampungan nelayan
yang kecil, sebelum tanah di tambak sehingga luasnya kawasan ini seperti hari
ini. Di ceritakan pada abad ke-9, kampung ini di diami oleh etnik dengan
pengaruh daripada bangsa Melayu dan Arab yang kuat. Di perkampungan ini, mereka
menjadi pedagang pelbagai produk tradisional Arab-Muslim dan barang dagangan
lainnya.
Bugis Street
Mungkin di sebabkan Singapura tidak sebesar mana,
pengurusan bandar di sini amat baik, dengan infrastruktur dan
kemudahan yang berteknologi di tawarkan.
Jika anda ke Singapura, anda tidak akan menemui
perumahan seperti di Malaysia, warga Singapura tinggal di apartment dan
kondominium di sini Dengan negara pulau
yang kecil, tiada tanah yang boleh di jadikan perumahan dengan rakyat yang
ramai. Kebanyakkan atau semua warga Singapura berdiam di dalam 'bangunan kota'.
Biasanya pelancong dari Malaysia atau Asia akan
bermalam di Johor untuk ke Singapura. Perjalanan melalui 2 imigresen yakni Imigresen
Malaysia dan Singapura mengambil masa mungkin kurang 1 jam atau jika di waktu
puncak boleh mencapai 2-3 jam, masa ini termasuklah trafik di laluan masuk
Johor-Singapura dan juga semasa beratur di imigresen nanti.
Singapura, sebuah negara kecil, yang berjiran dengan
Johor kini membangun sebagai sebuah negara yang mempunyai kelainan tersendiri.
Percayalah, pertama kali anda ke sini, akan terasa satu kelainan dalam
pengembaraan.
Jom berjalan, jauh mengembara meluaskan pemikiran dan
pandangan.
Bahtiar b Haji Mahidin
(penulis baharu sahaja balik dari Singapura
menguruskan kumpulan pelancong dari Kemboja yang kembara di Johor, Singapura
dan Kuala Lumpur bersama Bestway Tours & Travel Sdn Bhd)














0 comments