Bila di sebut Sabah, apa yang terbayang di
fikiran kita?
Sabah antara negeri yang bukan sahaja terkenal
di dalam Malaysia kerana produk pelancongan dan tarikan destinasinya, malah
dunia amnya mengenalinya kerana pantainya yang masih terpelihara baik selain
pemandangan alamnya yang menakjubkan.
Siapa yang belum pernah ke Sabah, cubalah
datang ke sini dan melihat sendiri bumi yang indah ini. Kalau boleh menginap
lah semalam di Kundasang, dan lebihan malam di Kota Kinabalu, anda akan
menikmati Sabah secara umumnya berbanding hanya menginap di Kota Kinabalu.
Di Sabah, terutamanya di bandaraya Kota
Kinabalu, banyak hotel penginapan dari bajet sehinggalah hotel 5 bintang. Di
setiap laluan, pasti ada hotel, dan pastinya makanan laut di Sabah antara yang
termurah di Asia. Anda boleh makan makanan laut, pilih sendiri apa yang hendak
di makan, dan mereka akan masakkan untuk anda. Ya, memang berbaloi untuk
makanan laut di sini.
Makan malam di sini, pelbagai makanan laut dan pilihan masakan.

Di Kota Kinabalu, bandarayanya tidaklah terlalu
besar, kita boleh menerokai bandarayanya, jika kita menginap di hotel,
sebenarnya kita boleh saja berjalan kaki menuju ke Pasar Filipino, Pasar Malam
Sinsuran, dan pelbagai tempat lagi di sepanjang tepian laut China Selatan. Kota
Kinabalu merupakan bandaraya yang sibuk, kepadatan kenderaan terutamanya semasa
cuti sekolah dan waktu pejabat. Berjalan-jalan di bandaraya ini, tidak
memenatkan dengan pemandangan laut di bandaraya ini, selain penduduk di sini
tidak kurang ramahnya.
Jika kita hendak mendasari jauh sedikit dari
Kota Kinabalu, kita memang memerlukan kenderaan untuk ke sana, seperti ke
Aquarium UMS, Pantai Tanjung Aru, Masjid Negeri Sabah dan lain-lain tempat.
Bagi yang nak ke pantai, boleh ke Jeti Jesselton di mana di sini lah bermulanya
perjalanan pulau di sekitar Kota Kinabalu. Antara pulau yang kita boleh pergi
adalah Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau
Sulug dan pelbagai lagi.
Di Tanjung Aru, di sini juga banyak gerai berniaga.
Itu baru di Kota Kinabalu, jika anda hendak ke
Kundasang, satu tempat yang popular di Sabah, yang wajib pergi jika ke Sabah.
Dari Kota Kinabalu, jika pemanduan perlahan dan kurang mahir dengan jalan di
Sabah mungkin mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Kundasang. Perjalanan ke
Kundasang, amat risiko juga sebenarnya, apabila sudah menuju ke Kundasang,
jalannya satu lorong dan beralun-alun, sekejap naik bukit, sekejap turun bukit
dan ada kalanya macam membuat pusingan di jalan. Ya, kalau pertama kali memandu
ke Kundasang, bawa perlahan-lahan ye, walaupun no kenderaan sewa itu ‘plate’
Sabah belum tentu lagi kita jadi orang Sabah bah! Jika tidak suka memandu,
boleh gunakan travel agency sahaja, biar kita melancong dengan gembira kan….dan
boleh tidur semasa ke Kundasang.
Sebenarnya, jika kita tidur dalam kereta semasa
ke Kundasang, satu ‘moment’ yang indah kita akan lepaskan. Ya, ketika kita
melalui beberapa tempat, kita akan lihat betapa bumi Sabah ini di kelilingi
banjaran Crocker, dan yang menariknya, di persisiran banjaran ini di diami oleh
penduduk di sini, dan sudah tentu ini memberikan keindahan pemadangan yang amat
mendalam dalam jiwa kita, apalagi yang datang adalah orang kota yang penuh
dengan bangunan dan hiruk pikuk kota. Di sini, anda tidak akan merasa jemu
dengan kehijauan, kenyamanan angin bayu, awan-awan mengelilingi banjaran, dan
kabus alam.
Inilah rupa bumi Kundasang/Ranau
Apabila sudah sampai ke kawasan Gunung
Kinabalu, biasanya ini tempat perhentian, dan tetamu akan turun untuk melihat
Gunung Kinabalu, antara gunung yang tertinggi di Asia. Ya, jika anda pertama
kali, dan sukakan pemandangan, di sinilah anda akan terpesona dengan keindahan
dan kekuasaan Allah Yang Maha Pencipta. Rezeki anda jika anda dapat melihat
puncaknya, kerana biasanya ia di litupi awan, kerana itu, dari Kota Kinabalu,
masa keberangkatanya jam 7 pagi atau lebih awal ke sini, agar sempat melihat
puncak Gunung Kinabalu.
Sayur di Kundasang! Jangan lupa singgah untuk
melihat sayur tanah tinggi di sini, selain itu pelbagai buah-buahan ada di jual
di sini.
Ke mana kita jika ke Kundasang? Kundasang kini
mempunyai banyak penginapan sama ada homestay ataupun hotel. Banyaknya homestay
di sini, di mana-mana sepanjang jalan ke sini, kita akan menemui homestay dan
lodge. Sudah tentu di tanah tinggi, view penginapan di sini tidak dapat di
nafikan. Bagi yang pertama kali datang, tempat di sini sejuk dan mendamaikan,
malah jika anda menginap di sini, Kundasang, jangan cakap nak mandi, nak berus
gigi dengan air sejuk pun terasa sangat sejuknya air umpama air terjun dari
gunung. Ya, betul-betul mencabar ne ketika hendak ke bilik mandi!
Belum ye, kita ceritakan ke mana nak pergi jika
ke Kundasang…eh…lupa kita nak ceritakan. Jika berada di Kundasang, wajib kita
pergi ke Desa Cattle Farm. Bayaran Cuma RM5 sahaja dan bayaran ini kita tengok
lembu ye….he..he…lembu mesti ‘gembira’ apabila kita sanggup bayar RM5 untuk
tengok lembu..alahai….Bukan lembu sahaja ada di sini, ya memang lembu, di sini
ada produk tenusu lembu seperti air coklat dan fresh dairy selain keju. Lupa
satu ice cream, maka beraturlah segenap manusia untuk merasai air susu lembu
yang segar dari lading, sambil melihat lembu-lembu bersaiz dinausar di sini.
Bagi pertama kali datang, takjub juga ye….Sekarang, di sini juga ada café
makanan, boleh saja minum pagi di sini ye, kemudian boleh menyusu lembu dengan
perasaan riang.
Proses pembungkusan susu segar
Takkan ke Kundasang, ke ladang lembu sahaja?
Kita juga boleh ke ladang teh, kolam air panas, Luanti Fish Spa, ladang arnab
dan kucing, Memorial War Park dan pelbagai tempat lagi (jika berminat boleh
cari Bestway Tours & Travel Sdn Bhd untuk pakej lengkap dan jadual lawatan
ye)
Baik, sebenarnya nak cerita tentang Ladang Teh
di sini, ketika mulai sampai, kita akan mendengar bunyi yang amat bingit
sekali, bunyi itu datang dari cengekerik, dan entah berapa banyak cengkerik di
sini yang menghasilkan bunyi yang kuat ini. Oleh itu, cengkerik ini di abadikan
replikanya di pokok di sini.
Di sini
juga ada café makanan, boleh cuba minum petang di sini sambil menikmati cucur
pisang emas. Jarang kan kita dengar orang buat cucur guna pisang emas, namun
rasanya enak juga..layan sahaja….Di sini lah tempat membeli the pelbagai
perisa, sama ada nak bawa balik atau nak hadiahkan buat keluarga dan
kawan-kawan.
Jika sudah sampai di penginapan, dengan
pemandangan yang mendamaikan hati, bangun esok paginya, cuba lihat di luar atau
di beranda, kita akan lihat pelbagai sepsis rama-rama dan kupu-kupu di sini
ataupun binatang lain yang jarang kita ketemui di kota batu bata. Di sini
semuanya hijau dan asli. Walaupun ramai yang datang ke Kundasang dan Ranau,
café makanan di sini tidak lah sampai lewat malam, jam 9 malam, pekan ini sudah
sunyi, barangkali semuanya sudah tidur kan…esok nak ke ladang ternakan dan
tanaman barangkali…jadi janganlah cari tempat makan jam 10 malam ye…esok pagi
sahaja makan ye…lagi pun jalan raya sudah gelap di sini.
Cukup perkongsian ini, untuk menjadikan
motivasi hari ini untuk ke Sabah satu hari nanti, bagi yang belum pernah
menjejak kaki di Sabah.
Jangan lupa ole-ole di Sabah seperti kuih
cincin sabah (kena sebut sabah, sebab di Kuching, Sarawak pun ada kuih cincin),
amplang dan produk lainnya. Di mana nak beli amplang, di KK or di Kundasang,
jawapan itu kami terpaksa rahsiakan, begitu juga di mana nak beli the sabah,
sama ada nak beli di ladang the atau di mana? Itu pun kami rahsiakan, kerana
harga kadang-kadang apabila kita membelinya di tempat khusus adakalanya lebih
mahal lagi.
x













































0 comments