Semasa awal pembabitan dalam perniagaan, ada satu kursus yang saya hadiri selama 5 hari 4 malam, ketika itu sudah pun dalam pelaksanaan perniagaan, dan sudah mempunyai lesen perniagaan enterprise, kita sudah ada beberapa lesen enterprise pada masa itu, sama ada ianya aktif atau tidak, itu cerita lain.
Seiring masa itu juga, kita telah terlibat dalam perniagaan online, di lamankeklapis.blogspot.com
, satu laman ranking 10 terbaik 2009.
Tidak untuk menceritakan sejarah lalu, cuma ingin berkongsi kepada anak-anak muda, jika ada kursus sebaik INSKEN anjurkan, tidak salah laburkan duit dalam kursus sebegini, bukan tidak berbaloi datang kursus 'gah' motivasi namun berbeza dengan kursus 'penurunan ilmu' dengan sekadar semangat motivasi. Sungguh, motivasi tanpa ilmu, akan ke laut juga...
Saya salah seorang yang mengikuti kursus INSKEN, ada yang berjaya dalam bidang telekomunikasi, ada yang berjaya dalam bidang penternakan, ada yang berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing.
Jika ada rakan-rakan saya yang sama INSKEN dengan saya..boleh lah hai hai di ruang komen ye...
Mari berniaga dan berilmu, masa muda banyakkan belajar, kerana masa tua, masa itu seakan-akan sudah hilang di mamah dunia kini.
Ayuh orang muda, bergerak sesuai dengan kepemudaanmu...jangan pernah jadi orang tua sebelum usiamu...
Terima kasih INSKEN..layari www.insken.gov.my
Salah satu inisiatif yang baik dari kerajaan...jangan asyik 'cakap kerajaan tak bantu'...
[buku nota INSKEN ini masih saya gunakan sehingga sekarang walaupun sudah bertahun berlalu]





0 comments