Bertemu kembali dalam KOSICERITA.BLOGSPOT.COM
Kali ini, saya ingin berkongsi bagaimana hendak mendapatkan tiket murah berdasarkan 3 syarikat penerbangan utama di Malaysia, malah mungkin juga seluruh dunia dengan menggunakan aplikasi dan kaedah yang sama.
Ramai di kalangan kita, terlalu teruja dengan tiket murah bukan, apabila Air Asia melancarkan promosi tiket murahnya, berbondong-bondong manusia akan 'share' promosi tersebut, yang membelinya taklah ramai, cuma yang share nya agak luar biasa ya!
Ada juga kedengaran, syarikat travel menawarkan harga lebih murah dari web penerbangan sendiri, betulkah? Secara dasarnya, travel agency berdaftar menerima tarif yang sama atau mempunyai diskaun pembelian untuk mereka, namun tidak lah besar sangat diskaun pembelian tersebut sehingga dapat membeli pelanggan dengan harga murah dari syarikat penerbangan itu sendiri. Tak logik bukan? Ini asasnya, kerana agent pun mahupun keuntungan dari pembelian penerbangan, sudah tentu ada kos pengurusan di situ, seperti juga kita membeli di kaunter tiket Air Asia, charge perkhidmatan mereka adalah tinggi berbanding kita membeli sendiri di web, chargenya free.
Jadi bagaimana hendak mendapatkan tiket murah jika begini ceritanya?
Baik, apa yang saya sebutkan bukanlah khayalan dan angan-angan atau memasang impian di langit. Apa yang saya ceritakan untuk kita benar-benar berada di alam nyata dan bukan alam mimpi. Cara pertama yang kebanyakkan dari kita lakukan adalah:
Kaedah 1 : Beli Tiket Semasa Promosi
Air Asia mempromosikan harga murah setiap tahun, malah kadang-kadang sampai 3 kali setahun. Ya, harga promosi dan murah, namun harus diingat, harga promosi itu kadang-kadang bukan pada musim cuti sekolah, ia adalah musim biasa! Ia itu kenyataaan, mungkin ada beberapa promosi musim cuti sekolah, malangnya ia bukan di destinasi pelancongan popular yang anda minati.
Juga perlu di ingatkan, Air Asia mempunyai kuota promosi tersebut yang mereka tidak dedahkan kepada pengguna, ini biasa di dalam marketing dan perniagaan. Jadi ribuan yang share, cuma kuotanya cuma 100-200 orang barangkali...jangan marah...
Kaedah 2 : Daftar sebagai pengguna berdaftar di Air Asia/ Syarikat penerbangan tersebut
Sekarang, jika anda perasan, Air Asia sudah mulai memberi sedikit, SEDIKIT imbuhan buat pengguna setia mereka yang berdaftar. Ia, sekadar Rm5 diskaun, atau Rm10 diskaun mengikut musim mereka. Maka, jadilah pengguna bijak dan berdaftar lah, sebab bukan ada bayaran pun untuk berdaftar.
Kaedah 3: Bandingkan antara ketiga-tiga web Air Asia, Malindo Air dan MAS
Ini ramai yang keliru dan kerana persepsi mereka. Pengalaman kami dalam travel agency, ramai yang tidak mengindahkan perbandingan ini kerana persepsi mereka.
Sekarangm ketiga-tiga syarikat ini berlawan harga, seperti 3 buah kedai yang menjual barang yang sama, dan akhirnya mereka akan berlawan harga dan perkhidmatan terbaik, dan akhirnya pengguna yang akan mendapat untung dari segi harga dan kualiti perkhidmatan.
Persepsi kita kadang-kadang menyatakan Air Asia lebih murah dari MAS dan Malindo Air. Tidak sama sekali, kami buktikan di bawah (lihar gambar). Kadang-kadang Air Asia lebih mahal harganya dari MAS dan Malindo Air, dan kadang-kadang Malindo Air lebih murah dari Air Asia dan MAS. Begitu, tidak salah kita buat perbandingan harga di ketiga-tiga web tersebut.
Satu lagi yang kami suka ingatkan semua pengguna, Air Asia tidak mempunyai luggage kecuali kita membelinya, dan Malindo Air dan MAS sudah tersedia 25 kg seorang. Jika harga Air Asia, Malindo Air dan MAS lebih kurang sama, kenapa tidak ambil Malindo dan MAS, kerana harganya sudah tersedia luggage dan lagi enak perjalanannya bukan? Lagipun naik Malindo Air dan MAS ada makan tersedia kan...em....
Tak rugi membuat perbandingan harga, yang rugi apabila kita tidak membanding.
(ini dari web MAS-lihat harganya pada tarikh yang sama kita hendak beli berbanding AA untuk gambaran di bawah)
Jadilah pengguna bijak, namun jika kita tiada masa untuk membuat ketiga-tiga kaedah di atas, hubungi sahaja mereka yang boleh membuat di pihak anda, Bestway Tours & Travel Sdn Bhd juga ada menyediakan perkhidmatan pembelian tiket online dengan sedikit fee management, boleh whatsapp di www.wasap.my/60134462377)
https://www.facebook.com/bestwaytour







0 comments