Saya pernah cuba di tipu, saya ceritakan di sini agar peniaga online dan masyarakat senantiasa berhati-hati semasa berurusniaga. Dalam berniaga online, kita termasuk dalam berisiko di penipuan online, hanya dengan bantuan Allah, dan ilmu yang kita adaa dapat kita pastikan kita bukan dari golongan yang di perdaya, inshAllah, saya kongsikan cerita saya yang berlaku pada 15 Ogos 2018
Sebenarnya cerita ini saya 'tahan' sebelum saya menulis pada hari ini, ianya berlaku dalam kesibukan team kami mengurus projek Qurban Kemboja 2018 anjuran Bestway Tours & Travel Sdn Bhd, kebetulan giliran saya ke Kemboja tahun ini.
Kalau tak silap, dalam seminggu lagi hendak ke Kemboja, dengan banyaknya kerja dan sedikitnya masa, pada lebih kurang 7.40 malam, 15 Ogos 2018, saya di 'whatsapp' oleh seseorang bertanya tentang qurban.
Pertanyaan melalui whatsapp tentang pendaftaran qurban dan aqiqah adalah biasa bagi kami, kadang-adang bertanya satu bahagian berapa (walaupun pada iklan kami sudah ada harga 1 bahagian), tetap juga pelanggan akan bertanya (tetap juga kami tersenyum melayan pelanggan kami), ada yang bertanya untuk anak lelaki berapa bahagian, dan untuk anak perempuan berapa bahagian.
Lelaki yang whatsapp no syarikat ini, bertanya untuk menyertai qurban, kami menerangkan sedikit tentang qurban melalui whatsapp, dia lalu menyatakan hasrat untuk menyertai satu bahagian qurban. Pada jam sekitar 9 malam, dia terus 'transfer' kan RM400 melalui akaun Public Bank ke akaun syarikat kami untuk penyertaan satu bahagian qurban lembu.
Setelah itu, kami bertanyakan nama siapa untuk di letak qurban ini, lama dia membisu dan seolah-olah tiada jawapan. Dalam kebisuan dia tadi, sekitar jam 11.25 malam, dia whatsapp saya kembali, dan sebenarnya saya sudah terlelap kerana banyak kerja ketika musim qurban kemboja ini. Sejujurnya, Allah kurniakan saya firasat, dalam hati saya, ada sesuatu yanag tidak betul tentang urusan qurban lelaki yang whatsapp saya ini, namun saya mendiamkan diri dan nak lihat apa selepas ini.
Pelbagai urusan daripada tempahan qurban, senarai qurban yang perlu di uruskan, agar tidak tercicir nama-nama peserta qurban, semakan semula dalam group whatsapp kami untuk qurban. begitulah kerjanya, kerana di sebalik qurban ini, kita membawa amanah umat Islam menyampaikan ibadah qurban mereka ke Kemboja.
Walaupun saya dah terlelap, saya terjaga jam 2 pagi, dan melihat whatsapp saya, dan ternyata ada message dari lelaki tersebut, menyatakan memohon bantuan, dia menyatakan ingin membatalkan niatnya untuk menyertai qurban kerana ayahnya meninggal dunia, jadi dia perlu balik ke Perlis segera (di maklumkan awal dia berkata menetap di Johor). Dia juga ingin kami transfer balik duit qurban dia pagi itu juga jam 2.00 pagi! Nampak sangat dia ne tak tahu, teknik asas, bahawa online banking Maybank cuma buka seawal pagi hingga 12 tgh malam sahaja.
Saya beritahu dia esok sahaja (walhal, saya sudah semak online banking saya, tiada kemasukan duit RM400 dalam akaun syarikat untuk duit qurban dia). Walaupun saya sudah tahu permainan dia, saya layan dulu, walaupun tengah banyaknya kerja, saya layan juga kerana hendak melihat modus operandi orang sebegini.
(Saya akan ceritakan di bawah, bagaimana saya tahu dia ini seorang yang cuba menipu)
Saya meminta dia memberi akaun personal, kerana dia memberikan akaun syarikat untuk saya masukkan duit tadi. (untuk makluman slip bank public tadi sudah di buang nya awal pagi dalam whatsapp sehingga saya perlu meminta semula). Kenapa dia buang slip bank tersebut?
Hari esoknya, saya memang ada kerja luar sehingga tengahari, pagi awal dia sudah mendesak agar 'pulangkan' duit dia, saya beritahu saya masih di luar, dan petang sedikit baharu saya transfer semasa di pejabat. Saya biarkan permainan dia dahulu.
Untuk makluman juga, secara benarnya, saya juga pandai membuat 'design' malah edit gambar yang simple, saya cerita ini, dengan ilmu sedikit ini, dengan izin Allah, saya dapat 'detect' slip bank Public Bank yang di berikan kepada saya adalah palsu dan di edit. Saya dah tahu sejak semalam lagi, slip ini macam sesuatu yang tidak betul. Telahan saya tepat apabilan saya semak di awal pagi akaun maybank syarikat, tiada duit yang masuk pada masa tersebut.
Tipu daya di balas tipu daya.
Ya, jangan contohi perkara ini, saya juga membuat tipu daya kepadanya, seolah-olah saya 'transfer online' kepada dia dengan nilai RM400, ini untuk mengajar dia agar tidak menipu orang, tidak membuat kerja menipu orang walaupun dia menafikan dengan alasan yang tidak berasas.
(JIKA PERASAN, GAMBAR PROFILE SUDAH DI UBAH PADA MASA INI)
Anehnya, dia percaya saya masukkan duit dia kembali, pada mulanya, mesti dia sudah tersenyum sebab tipu dayanya berjaya, padahal satu sen pun saya tak transfer kepada dia.
Di ringkaskan cerita, saya akhirnya menyoalnya tentang penipuan ini, dan pelbagai alasan dia berikan, dan sempat saya 'ceramahkan' dia agar tidak melakukan penipuan dan makan duit yang haram.
Saya kongsikan di sini, kepada semua, agar kita berwaspada dengan penipuan online sekarang ini, terlalu mudah mereka menipu di zaman teknologi sekarang, semoga ada manfaat untuk kita bersama agar kita tidak mudah di tipu oleh orang sebegini.
Baik, antara yang perlu kita buat untuk tidak di tipu, saya kongsikan tips sedikit di sini:
1. Jika kita menjual sesuatu, dan pembeli nak belikan, pastikan tiada 'was-was' perbualan yang menjurus sesuatu yang meragukan.
2. Jika dia cakap sudah bank in online, walaupun dia bagi slip pembayaran bank, sila semak dahulu di online banking kita, adakah duit itu betul sudah masuk atau belum. Tiada jualan jika duit belum masuk.
3. Tengok slip baik-baik, slip bank mempunyai garisan lurus untuk semua transasksi online mahupun mesin ATM mereka.
4. Berdoa kepada Allah, agar kita tidak mudah di tipu oleh mereka yang penipu dan mengambil kesempatan.
5. Untuk tahu modus operandi mereka, tipu daya di perlukan bagi membongkar tipu daya mereka.
(untuk tahun ke 8, kami sekali lagi menganjurkan Trip Ziarah Qurban Kemboja 2019, juga penyertaan ibadah Qurban Kemboja dengan RM400 satu bahagian inshAllah, whatsapp kami di www.wasap.my/60134462377 untuk keterangan lanjut, lihat hasil kerja kami di SINI)














0 comments