BAHAGIAN II
(Untuk merasai 'feel' nya, wajar di baca BAHAGIAN I di http://kosicerita.blogspot.com/2018/10/adakah-kita-tetamunya.html )
(Sarawak)
(Kuching)
(Kota Samarahan & Johor)
(Miri)
(Kota Samarahan / Sebuyau)
(Kota Samarahan)
(Shah Alam & Putra Jaya)
(Semariang & Perta Jaya)
(Untuk merasai 'feel' nya, wajar di baca BAHAGIAN I di http://kosicerita.blogspot.com/2018/10/adakah-kita-tetamunya.html )
Alhamdulillah, kita meneruskan catitan umrah bahagian kedua.
Sebenarnya, kami sampai di bumi Makkah, dalam jam 12 tengah malam di sana. Bagi yang pertama kali umrah, untuk makluman, apabila sahaja kita sampai dalam berihram, wajib kita laksanakan umrah dengan 5 rukun umrah, yang pertama Niat (sudah kami niatkan ketika di dalam kapal terbang lagi), tawaf mengelilingi kaabah 7 pusingan, saie, seterusnya tahallul dan tertib.
Ustaz Wan Yunus Wan Sait kepenantan dan mengambil gambar setelah selesai sai
Ini di namakan umrah wajib, walaupun kita sampai dalam jam 12 tgh malam pun, wajib kita mengerjakan umrah sebaik sampai di Baitullah.
Memang di akui letih, perjalanan 8 jam dengan 4-5 kali makan, entah kita makan tengahari or makan malam, ataupun minum pagi di dalam kapal terbang tersebut. Kami menaiki Saudi Arabia ke Makkah untuk makluman. Setelah sampai, di Riyadh Airport, alhamdulillah, tidak berapa ramai jemaah umrah yang ada di lapangan semasa itu, dan memudahkan kami melepasi imigeresen dan terus keluar. Kata mutawif yang membimbing kami semasa di dalam bas, alhamdulillah, "jarang saya bawa jemaah, dan urusannya mudah, dan hari ini urusan kita mudah sahaja, keluar dari flight terus ke luar tanpa lama di imigresen" Itu lah kawa mutawif kami. Kami pun dalam hati Alhamdulillah...maklumlah baru pertama kali menjejak kaki ke Makkah.
Berbalik kepada ibadah tawaf, setelah sampai, sebenarnya semua kami dalam keadaan letih, namun semuanya dalam keadaan berair matanya di kelopak, apabila sudah sampai di hadapan Baitullah. Kebanyakkan jemaah kami pertama kali pergi, dan sudah tentu perasaan ini sukar di gambarkan dalam kata-kata, walaupun penulisnya cuba menceritakan dengan kata-kata, mustahil ia di 'gambarkan'.
(gambar ini di ambil oleh saya sendiri ketika berada di atas, beginilah tanpa henti umat Islam yang bertawaf)
Mutawif pun berhenti, menerangkan sedikit peringatan dan panduan bagi melakukan tawaf (terus terang saya katakan, tidak banyak dan hampir tiada gambar yang saya ambil di dalam kawasan Baitullah, memandangkan saya sudah memasang niat tidak mahu melalaikan diri dari bergambar ketika melaksanakan ibadah). Kami tawaf 7 pusingan, jika saya tidak salah, masa itu jam 12 tgh malam lalu.
Untuk makluman mereka yang belum pernah pergi, Baitullah senantiasa ada manusia yang bertawaf, dari seluruh pelusuk dunia tanpa berhenti, Pusingan itu tidak pernah berhenti dengan zikir-zikir umat Islam yang sedang bertawaf. Ketika kami sampai pun, ada beberapa jemaah Indonesia dan negara lain baru sampai. (jangan kita gambarkan, keadaan sunyi walaupun jam 12 tgh malam, mahupun 3 pagi, senantiasa ada jemaah di sini)
Alhamdulillah, secara peribadi, saya tidaklah mengalami sakit-sakit di bahagian kaki setelah tawaf, sebab kebiasaan pekerjaan saya banyak berjalan selain duduk di pejabat. Jadi, mereka yang banyak berjalan (melaksanakan) kerja seharian, inshAllah tiada masalah berjalan menunaikan ibadah di sini.
Dalam melakukan tawaf, kita cuba mengambil panduan ringkas, doa-doa yang di sunnah kan , dan berdoa serta berzikir sepanjang memusing kaabah.
Walaupun kita di dalam kumpulan, di awal-awal lagi mutawif telah berpesan, jika tertinggal dalam kumpulan, janganlah kita panik, sebab kita pun sudah di tunjukkan di mana kita akan berjumpa/menunggu untuk jemaah yang lewat habis, jadi tidak ada kerisauan, inshAllah, janji kita mentaati kepimpinan dan tidak membantah.
Setelah solat sunat, selesai mengerjakan tawaf, kami menuju ke tempat sai, bermula dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali. Walaupun di gelar bukit, kini tempat perjalanan dari Safa ke Marwah sudah di 'tile' kan untuk memudahkan perjalanan, bukan bukit dengan batu-batu (untuk makluman yang pertama kali hendak mengerjakan umrah).
Saya menemani Fadly Hj Hasbi bertahalul.
Walaupun secara peribadi, saya sudah mempelajari dan melihat keadaan Bukit Safa dan Marwah, namun terfikir dengan perjalanan yang jauh yang di lalui oleh seorang wanita, nampak usaha wanita ini bersungguh-sungguh dalam pekerjaan yang di buat olehnya, dan dengan kesungguhannya Allah kurniakan kepada kita semua kemuliaan air zam zam sehingga kini tanpa habis walaupu berbilion umat Islam meminumnya hari-hari. Hendak di ceritakan, bahawa saya 'keletihan' juga ketika berjalan dan berlari-lari anak berulang-alik, sungguh!
Meyambung tahalul, mengunting rambut sedikit, dan kami terus kembali ke tempat penginapan. Tahu tak jam berapa kami sampai di hotel? Ye, kalau saya tidak salah, jam 3 pagi!
Dalam keadaan jam 3 pagi, mandi dan kemudian tidur, ada di kalangan rakan jemaah kami terus lena sebaik sahaja melampungkan badan di tilam. Semuanya dalam keadaan letih sebab hari pertama, dan ternyata subuh kami tidak sempat ke Masjid Makkah, hanya subuh di hotel sahaja, Allahu Akbar...semoga Allah mengampunkan dosa kami (ini dalam bilik kami sahaja, jemaah lain kami tak tahu)
Ini sahaja untuk Bahagian II, kita akan sambung lagi ke bahagian III inshAllah.
Bahtiar b Hj Mahidin
(Menunaikan Umrah & Ziarah pada 19-29 October 2018 bersama Zayyan Travel & Tours Sdn Bhd, rakan Marketing di Sarawak Bestway Tours & Travel Sdn Bhd, whatsapp kami di www.wasap.my/60134462377 untuk umrah bersama kami)
Kini, pendaftaran terbuka UMRAH bersama Imam Muda Asyraf, inshAllah, juga ada pakej-pakej ibadah umrah musim biasa dan bulan Ramadan juga telah di buka!
WAKIL JUALAN UMRAH DI SELURUH SARAWAK
Boleh hubungi wakil jualan kami di talian berikut:
(Sarawak & Malaysia)(Sarawak)
(Kuching)
(Kota Samarahan & Johor)
Cikgu Termigi b Sabli www.wasap.my/60198925499
(Santubong/Petra Jaya)(Miri)
(Kuching)
(Kota Samarahan / Sebuyau)
(Kota Samarahan)
(Shah Alam & Putra Jaya)
(Semariang & Perta Jaya)
Ustaz Izzat Syafiq Sabana www.wasap.my/60198895610
(Sibu & Sarikei)
Ustaz Mohd Nazmi Abg Nasser www.wasap.my/60145957945
(Sibu)
Cikgu Norazman www.wasap.my/60168890245
(Sibu)









0 comments