*Kelemahan Kerajaan Baharu*
Biasa kita dengar, program/ yang baik, yang ikhlas, dan bermanfaat akan gagal, jika perancangan dan 'marketing' nya gagal. Dalam istilah lain, media yang gagal akan menyebabkan kebaikan sesuatu itu tenggelam dengan melihat sisi keburukan sahaja(dengan niat memburukkan dan merendahkan)
Setelah PH mengambil alih kerajaan, kerajaan kini mungkin terlalu 'bebas' akan medianya, sehingga sesiapapun boleh bersiaran melalui media, siapa pun boleh mengkritik dan memperlecehkan menteri, siapa pun boleh menyatakan menteri itu bodoh dan bahalul!
Wartawan ala-ala 'kerajaan lama' dulu sudah sinonim dgn pemberitaan mereka, yang mereka 'jual' adalah 'kebodohan' masa silam tanpa memikirkan manfaat untuk masyarakat kebanyakkannya. Wartawan kolam, wartawan kasut dan seumpamanya memang layak bagi mereka, dan masyarakat yang terpedaya dengan wartawan begini juga adalah rakyat yang tidak mahu menerima perubahan, yang masih dengan idea-idea lama dan basi.
Blog-blog pembangkang lebih aktif menyerang kini tanpa peduli kesahihan berita, dan mantan PM seolah-olah masih mempunyai 'aura' nya tersendiri kerana medianya yang efektif.
Blog-blog pembangkang lebih aktif menyerang kini tanpa peduli kesahihan berita, dan mantan PM seolah-olah masih mempunyai 'aura' nya tersendiri kerana medianya yang efektif.
Kerajaan baru sekarang adalah hasrat rakyat, maka rakyat juga di kehendaki menukar 'akal' mereka dengan watak yang mahukan pembaharuan dan kebaikan. Menteri-menteri kita bukannya orang 'bodoh' yang di pilih semberono, mereka adalah pimpinan terpelajar dengan pengalaman yang ada, mungkin ada silap dan salah tutur katanya, namun itu bukan ukuran kita boleh menempelak mereka sesuka hati. Manusia secara umum melakukan kesilapan, tegurlah dengan hikmah bukan cacian dan cercaan. (kita baca komen-komen netizen setiap kali ada isu tentang kerajaan dan menteri baharu, dan boleh di katakan hampir 80% komen makian dan cercaan terhadap menteri, inikah di namakan rakyat di bawah pemerintahan baharu?)
*Kelemahan Kerajaan PH*
Kerajaan kini mempunyai kuasa, membiarkan media bebas bersuara adalah baik, namun keseimbangan bagi pihak kerajaan/media menteri harus cepat dan tangkas menepis tohmahan yang tidak berasas sama sekali termasuk menyaman media yang sengaja membuat fitnah (seperti isu Menteri Agama yang di tularkan sibuk dengan kematian non muslim sedangkan allahyarham Adib tidak di pedulikan- ini semua fitnah dengan niat jahat bagi memburukkan imej menteri)
Menteri ke sana-sini bekerja, dalam masa yang sama 'musuh' mereka juga bekerja untuk menjatuhkan mereka. Media bagi pihak menteri harus bekerja lebih keras dalam menepis dan menebar kebaikan yang menteri laksanakan. Jika tidak, masyarakat yang naif akan terpengaruh dengan media wartawan kolam dan kasut ini. Sebenarnya rakyat juga berfikir secara akal pendek dengan menularkan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi masyarakat.
Kesimpulannya, rakyat perlu berubah seiring dengan perubahan kerajaan baharu, beri masa dengan kerajaan bagi melaksanakan transformasi agenda dalam manifesto mereka.
Media memainkan peranan penting bagi kerajaan, bak kata simpulan bahasa english 'to be good to be true', bukan mengalakkan penipuan, adakalanya kebenaran itu perlu di sembunyikan agar 'kesediaan' rakyat belum dapat menerima menjadikan ianya tidak bermanfaat bagi mereka. Media harus bekerja keras bagi menyampaikan yang benar dari kerajaan dan menteri, kerana kita tahu, bertahun-tahun kita sudah di latih untuk tidak melihat televisyen sebagai media utama, kerana media utama kita dalah media sosial seperti FB dan seumpamanya.
Bahtiar b Hj Mahidin
22 Disember 2018
Saujana Indah Park,
Kuching.





ceramic or titanium flat iron - Titanium Art Prints | Tile Art Shop
ReplyDeletePrint your walls using your Tithystone art print titanium chloride and paper. babyliss titanium flat iron All titanium wedding band sets of titanium price our prints are 100% resin and 2018 ford fusion hybrid titanium fully color coded.