Sebelum saya bercerita lebih lanjut, saya ingin bercerita tentang satu kajian yang di buat negara Eropah tentang tahap kebahagiaan penduduk di bandaraya utama dan kampung. Ada yang memiliki tahap kebahagian yang tinggi dan rendah, dan kebanyakkan yang duduk di bandar memilik tahap kebahagiaan yang rendah. Namun, jika pada pandangan kasar saya, penduduk Sebuyau memiliki tahap kebahagiaan yang tinggi, ini terbukti dengan raut wajah mereka, mudah tersenyum dan gembira semasa kami memberikan penerangan tentang umrah, seolah-olah tiada tekanan mereka berada di kampung ini!
Simpang tiga menuju ke Sebuyau
Sebuyau di kenali sebagai pekan kecil perkampungan nelayan, kampung ini terdiri daripada Melayu, Iban dan Cina. Sebuyau terletak di muara batang lupar, dan di sini juga terkenal dengan produk Ikan Terubok Masin tempatan. Biasanya pada bulan Mac-Julai, musimnya.
Kami dari Kuching, menaiki kereta ke sana, dan mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan, di sebabkan hujan lebat pagi itu, perjalanan agak perlahan, kalau tak hujan 1 jam lebih boleh sampai, he...he...
Selepas subuh di Kuching, kami bergerak melalui jalan Samarahan, dan seterusnya ke Sebuyau. Dahulu, perjalanan ke Sebuyau menaiki feri untuk melalui sungai, sekarang telah siap jambatan baharu dan memudahkan perjalanan ke Sebuyau.
Dalam perjalanan, pelbagai isu kami bicarakan sampai tidak sedar perjalanan ke Sebuyau sudah sampai.
Untuk makluman juga, di Sebuyau, corak bahasa mereka berlainan dari Kuching, namun boleh kita fahami tapi tidak dapat diikuti jika bukan warga Sebuyau. Inilah keunikan Sebuyau, anda boleh faham percakapan mereka dengan intonasi meraka, namun untuk bercakap nada mereka, mustahil.
Suasana kampung ini tenang dan damai, sampai kami di perkarangan Surau Kurnia, Sebuyau, mereka terus menyapa kami dan surau sudah pun di penuhi untuk mendengar slot perkongsian umrah kami. Semuanya semacam penuh 'excited' untuk mendenar slot kami. Mungkin, sebab mengunjungi Kaabah dan Madinah adalah impian setiap orang Islam.
Pendaftaran bakal jemaah, semoga Allah memakbulkan doa mereka ke tanah suci
Ceramah di mulakan oleh Ustaz Wan Yunus dengan 'bahasa sebuyau' nya, menceritakan perihal maksud umrah dan kelebihannya, dan seterusnya di kongsikan oleh En Fadly Hasbi tentang perkongsian umrah.
Sebenarnya, kami ingin berkongsi cerita tentang umrah terutamanya kepada mereka yang tidak pernah menjejak kaki di tanah suci. Bagi mereka yang sudah pergi, mereka malah hendak pergi lagi, apalagi yang belum pernah pergi, hanya mendengar cerita sahaja.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Orang-orang yang menunaikan haji dan umrah adalah tetamu Allah. Apabila mereka memohon kepadanya, pasti diperkenankan. Dan apabila mereka memohon keampunan kepadaNya, pasti diampunkan.” (Riwayat Nasa’i, ibnu Hibban dan Hakim).
Sungguh, perginya kita ke Baitullah adalah atas kapasiti tetamu Allah, tetamu apa yang lebih agung daripada menjadi tetamu Allah?
Ini salah satu kelebihan mengerjakan umrah dan haji, inshAllah, sama-sama kita beringat bahawa, perginya atas jemputan menjadi tetamu Allah, selayaknya kita berdoa kepada Allah agar memperkenankan kita menjadi tetamuNya.
Kaedah pemasangan kain ihram bagi lelaki
Berbalik kepada Sebuyau tadi, selesai ceramah, kami di jemput makan tengahari, oleh pihak jemaah surau. Sebenarnya kedatangan kami sekadar berkongsi ilmu yang tidak seberapa, namun pihak surau Kurnia seolah-olah amat menghargai kedatangan kami di sini dengan layanan dan saguhati daripada mereka. Tidak kami sangka sama sekali.
Bergambar kenangan sebelum bersurai
Dari lubuk hati, nampak keramahan warga Sebuyau, dan terus terang, tidak nampak silaturahim begini di taman perumahan kita, mungkin Sebuyau ini jauh sedikit dari bandar, keaslian hubungan mereka masih ada, dan tradisi kemelayuan mereka masih terserlah sesama manusia.
Kami bergembira di Sebuyau, walaupun perjalanan hampir 2 jam ke sini, keramahan mereka membuatkan kami lupa kepenatan memandu kereta.
Mungkin ini pinangan warga Sebuyau! Tahap kegembiraan mereka amat tinggi di sini, berbanding orang bandar.
TERIMA KASIH WARGA SEBUYAU ATAS SAMBUTAN MERIAH!
InshAllah, siapa yang berniat hendak mengerjakan umrah, boleh berhubung dengan kami, whatsapp kami di www.wasap.my/60134462377 atau
layari fb kami di https://www.facebook.com/umrahzayyan/













0 comments