*Saya Orang IKRAM dengan no keahlian IM....*
Sudah terang lagi bersuluh. Yang mengikuti fb saya, sudah pasti sudah mengetahui, dengan jelas 'saya orang IKRAM', mengambil intonasi mereka yang selalu mengelar kita begitu.
(Gambar ini gambar lama, masa ini rambut masih hitam, gambar ini di ambil secara 'curi' oleh sahabat saya Hj Asri b Hj Sapiee; ketika mesyuarat di pejabat IKRAM Negeri Sarawak)
Ada apa dengan IKRAM? Mungkin soalan ini berlegar di dalam masyarakat kita, atau kita selalu juga di 'momok' kan " orang IKRAM ye?" Atau..."oh..orang IKRAM rupenye".
Ya pelbagai intonasi sebegini sehinggalah intonasi yang seolah-olah menghina dan mengherdik kita. Tiada apa-apa untuk kita, bukan.
Sejarah kita panjang, maksud saya bukan sejarah IKRAM ye, sejarah saya sendiri. Sebelum munculnya IKRAM di dunia, kita semua mempunyai sejarah sendiri.
Ada yang sebelum ini, kaki lepak, kaki gengster, ada yang pernah masuk penjara, ada yang memang baik, ada yang ulat buku, ada yang memang lahir macam 'malaikat', ada yang sederhana, ada yang kaki surau dan pelbagai lagi watak sebelum mengenali IKRAM, dan ada juga yang memang sudah berada dalam fikrah IKRAM sebelum ianya 'wujud'.
Saya tidak untuk bercerita tentang sejarah IKRAM, saya ingin berkongsi tentang IKRAM, tentang ada apanya IKRAM sehingga saya sendiri masih berada di dalam IKRAM, semoga Allah swt memberikan istiqomah di jalan ini (jalan taufik dan hidayahNya) hingga akhir hayat.
IKRAM secara dasarnya sebuah NGO. Dalam bahasa mudah IKRAM adalah NGO tarbiah, dakwah dan kebajikan. Saya yakin, jika bukan orang IKRAM, kita tidak akan faham tentang kenyataan ini, tarbiah, dakwah dan kebajikan (untuk memahami, kenalah masuk IKRAM..he..he..)
Secara peribadi, pernah saya katakan di dalam usrah, jika IKRAM sudah lari dari landasan Al Quran dan hadith, maknanya IKRAM itu sudah tidak releven lagi. Izzah kita kepada IKRAM bukan kerana namanya IKRAM melainkan apa yang IKRAM bawa di dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Apa yang IKRAM bawa dalam diri kita? Soalan ini mudah, sebenarnya jawapannya mudah juga. IKRAM membawa kita kepada pengamalan syariat ISLAM, dan istiqomah beramal sehingga kita dapat merealisasikan amal kita dalam diri kita, dan kepada orang lain. Jawapannya mudah, namun tidak mudah untuk mengamalkannya semudah itu dalam kehidupan. Bukankah apa yang di bawa Nabis SAW itu berat, amat berat? Bukankah amanah yang sanggup di pikul oleh manusia sedangkan gunung ganang itu menolak?
Ya, saya memang orang IKRAM, merasa izzah bersama IKRAM, IKRAM telah mengenalkan saya kesyumulan ISLAM, mengenal saya tentang rahmat ISLAM itu, melihat ISLAM itu untuk semua yang ada di dunia ini, memahami ISLAM sebagaimana fahamnya para sahabat Nabi saw tentang ISLAM, meraikan pandangan dan memberikan pandangan, meletak fikrah IKRAM yang selari dengan al Quran dan hadith, dan meletakkan hati ini untuk senantiasa tunduk dan patuh kepada ISLAM.
Itu sebahagian sedikit dari IKRAM. Mungkin anda pernah membaca buku bertajuk Apa Ertinya Saya Menganut Islam?. Buku ini di tulis oleh Abu Urwah, dan saya fikir buku ini masih releven sehingga kini. Buku ini mengambarkan fikrah yang jelas, untuk apa, untuk siapa, dan kenapa kita ISLAM?
Dengan memahami ISLAM, secara berterusan, secara berbincang di dalam usrah, kita senantiasa di peringatkan tentang tugas kita sebagai hamba dan juga seorang 'tukang' dakwah. Tidakkah ini tugas para nabi dahulu kala? Mengajak manusia untuk kembali menyembah Allah, bukannya 'berhala'?
IKRAM mengajar kita pelbagai prinsip kehidupan, masih selari dengan syariat. IKRAM mengajar kita memanfaatkan waktu, betapa ramai orang IKRAM tidak mempunyai masa pada Sabtu dan Ahad kerana menjadikan hari cuti mereka adalah hari IKRAM. IKRAM mengajar pengorbanan, tidakkah syurga itu mahal? Tidakkah ia perlu pergorbanan? Pengorbanan apa yang para nabi dahulu tidak perbuat bagi mengembalikan masyarakat kepada menyembah Allah yang satu?
Percaya atau tidak, ahli IKRAM yang sudah terdidik adalah mereka yang kuat dan berkeupayaan, bukan bertujuan mendabik kesombongan ahli IKRAM, cuma kekuatan ahli IKRAM, mereka sudah berorganisasi puluhan tahun, usrah puluhan tahun, bekerja tanpa mengira peluh, wang dan tenaga, setiap malam balik lewat adalah perkara biasa bagi ahli IKRAM yang istiqomah. Walaupun begitu, kekuatan mereka datang dari Yang Maha Berkuasa. Apa yang lahir dari mereka datang dari pertolongan Allah SWT.
Sayugia, jika anda bersangka-sangka dengan IKRAM, bertanyalah dengan ahli IKRAM di sekitar anda. Kami tidak di didik untuk menghukum masyarakat, kami tidak di didik untuk memburukkan organisasi tertentu, kami tidak di didik untuk menjatuhkan dengan dengki, kami tidak ada kepentingan apa-apa di dunia ini melainkan untuk mengembalikan masyarakat kepada ISLAM.
Kami komited dengan perjuangan kami, menyambut tangan bagi mereka yang mahu di sambut, memberi senyuman bagi yang mengherdik dan menghina kami, memberi sinar bagi mereka yang hendak bersama kami.
Ya, kami bukan malaikat, kami tidak di jamin syurga, usaha-usaha kami, amal-amal kami, semoga kami beramal dengan amal ahli syurga. Jika pada pandangan masyarakat, kami salah, suka kami ingatkan, kamu juga manusia seperti anda, berbincanglah dengan kami, kami lapang dada untuk berbincang.
Cukup sekadar ini sahaja, inilah IKRAM yang kalian ungkapkan, bak kata Imam Hassan Al Banna ketika di tanya oleh seorang wartawan siapa diri beliau. Imam Syahid pun menjawab:
"akulah petualang yang mencari kebenaran. Akulah manusia yang mencari makna dan hakikat kemanusiaannya di tengah manusia. Akulah patriot yang berjuang menegakkan kehormatan, kebebasan, ketenangan, dan kehidupan yang baik bagi tanah air
di bawah naungan Islam yang hanif.
Akulah lelaki bebas yang telah mengetahui rahsia wujudku, maka akupun berseru, 'sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk ALLAH TA'ALA,Tuhan semesta alam yang tiada sekutu bagiNya. Kepada yang demikian itulah aku diperintahkan, dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri.."
kemudian Imam Syahid meneruskan:
"... itulah aku,
dan kamu siapa??"
Saya ahli IKRAM dengan no IM3143, anda?
Bahtiar b Hj Mahidin
22 November 2018
Saujan Indah Park

0 comments