Kes Promoter Arak.
Apabila kita 'fikir' melayu itu Islam, dan selainnya adalah bukan. Apabila kita 'fikir' melayu itu hebat atas namanya melayu. Apabila kita rasa ketuanan melayu itu yang menyelamatkan kita.
Kita salah, dan kita lupa. Di dunia ini, bukan sahaja melayu menganut Islam, ada pelbagai bangsa menganut Islam dan mengamalkan lebih baik dari kita, bukan sebab bangsa mereka, sebab mereka memahami Islam itu apa, dan bagaimana sepatutnya Islam itu dalm diri mereka.
Ini 'biah' (suasana persekitaran) mungkin di negara kita, dalam kondisi politik kemelayuan, dengan perjuangan 'melayu' kononnya, padahal yang lebih layak kita perjuangkan adalah Islam.
Islam itu aman, Islam itu mendamaikan, Islam itu memberikan keselamatan. Islam itu akhlak, Islam itu kebaikan, Islam itu rukun dan menjaga hak hak kemanusiaan.
Jika selain itu, yang kami pamerkan keburukan, yang kami layan kepada anda semua ketidakadilan, ini bukanlah Islam.
"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti". (Al Hujurat:13)

0 comments