Bahtiar Bin Mahidin is with Idawatti Zaidil and 3 others.
*DUA WAJAH DI BUMI KEMBOJA*
Bagi yang berkesempatan menziarahi Kemboja, di ibu kota Kemboja terdampar sejarah mereka yang lalu. Kekejaman regim Pol Pot terhadap bangsa dan rakyat mereka sendiri terukir di bangunan sejarah mereka di Tuol Sleng Genocide Museum dan Killing Field. Berjuta-juta rakyat Kemboja di bunuh dan di tanam di tanah mereka sendiri dari tahun 1975-1979.
Regim Khmer Rouge telah membunuh orang yang 'nampak bijak' dan 'melawan' mereka. Dengan definisi 'nampak bijak' adalah mereka yang memakai cermin mata dan para ilmuan Kemboja. Mereka juga di siksa secara tidak bertamadun di negara mereka sendiri. Di siksa dengan kepala di bawah, dan di tenggelamkan kepala di dalam tempayan, dibunuh beramai ramai, di penjarakan dan diikat di katil besi dan di siksa. Bentuk-bentuk kekejaman begini telah di sejarahkan di ibu kota Phonm Penh.
Kekejaman regim ini bukan berdasarkan faktor agama, namun faktor bagi mengekalkan kegilaan kuasa Pol Pot.
Kini, apabila kita melawati bandar Phonm Penh dan melawati kampung mereka, seolah-olah kita berada pada dua wajah berbeza.
Phonm Penh, di bandarnya terletak bangunan besar, terutamanya hotel dan tempat kasino mereka, hasil pelaburan orang luar di sini termasuk dari pelabur China dan Malaysia. Seimbang dengan situasi itu, kita lihat sumbangan dari Dubai, Arab Saudi, dan pelabur Malaysia dalam pembangunan di sini, seperti sebuah Masjid di Phonm Penh dikenali sebagai Masjid Dubai (Masjid Al Serkal) dan rekabentuknya juga seperti ala ala arab.
Jika kita di kampung mereka, kehidupan amat daif, hampir tiada pekerjaan, kais pagi makan pagi, dan hanya makan daging setahun sekali amat benar kerana tidak mampu membelinya kerana harga sekilo dagingnya mahal tidak sebanding dengan pekerjaan mereka.
Agar tidak menimbulkan salah faham, pemerintah Combodia masa ini tidak menindas umat Islam Kemboja walaupun mereka minoriti di sini sekitar 5% dari 15 juta penduduknya. Malah, tidak ada masalah azan di laungkan di ibu kota Kemboja. Semasa kami menaiki river cruise di Sungai Mekong, kami mendengar takbir raya berkumandang. Di sini agama tidak mencetuskan apa-apa dan mereka hidup secara harmoni atas kekuatan satu bangsa mereka.
Kemiskinan mereka di kampung dan miskin bandar meliputi seluruh rakyatnya bukan hanya orang Islam sahaja.
Maka, dengan dua wajah di ibukota Phonm Penh dan di kampung mereka, adalah sesuatu yang berbeza untuk kita nilaikan dan selami.
Kekejaman regim telah membunuh keturunan bijak pandai mereka bagi membangunkan Combodia, warisan peninggalan regim telah banyak mengukir sejarah hitam Kemboja yang zaman kuno di kenali 'Kambuja'.
Jadi, tidak hairan umat Islam Malaysia setiap tahun akan beraya qurban di sini bagi membantu mereka, menyembelih qurban di sini, di tempat yang amat memerlukan, di mana mereka hanya memakannya setahun sekali, miskin dan daif.
Inilah dua wajah Kemboja, jangan terkejut melihat bangunan gah dan warna warni di Kemboja, dan tersedu melihat kemiskinan kampung-kampung mereka di wilayah mereka. Kini di ibukota sudah mulai membangun, semoga ada besar manfaat buat rakyat mereka.
Teruskan membantu, teruskan melaksanakan amanah dan tanggungjawab saudara sebagai umat Islam, mereka dengan kita di ikat dengan satu syahadah, inshAllah.
Bahtiar bin Mahidin
Phnom Penh
24 Ogos 2018
With Bestway Tour
[Bestway Tours & Travel Sdn Bhd berpayung di bawah eQurban Ihsan Sdn Bhd bersama Koperasi Muslim Kemboja (CMC) setiap tahun dalam program ibadah qurban eid adha]










0 comments