Sudah berputik lama untuk menulis tentang keadaan trafik yang teruk seawal pagi dan sepetang dinihari di sepanjang jalan Matang menuju ke simpang lampu isyarat menuju Taman Malihah.
Kesesakan di sini, semakin bertambah dari sehari ke sehari, dan untuk menuju perjalanan yang sepatutnya hanya 10 minit, namun kerana laluan ini hanya satu lorong 'dulu, kini & selamanya' ,menyebabkan mengambil masa 30 minit sampai 1 jam.
Sudah lama penduduk Matang yang melalui jalan ini hari-hari bersabar, bersabar bertahun-tahun lamanya, mengeluh tanpa suara, bersuara tanpa di dengari terus begini entah sampai bila.
Untuk pengetahuan, jalan sepanjang ini hanya 1 lorong sahaja, sedangkan kenderaan semakin meningkat di kawasan ini, taman-taman perumahan semakin banyak, penduduk yang semakin bertambah.
Adalah tidak wajar jalan ini masih satu lorong, pihak berwajib perlu memikirkan sebelum kejadian ini berlaku bagi menyelesaikan masalah ini. Membiarkan masalah berlarutan tidak memberi keuntungan kepada sesiapa.
Betul, zaman ini, kesesakan di bandar adalah perkara biasa. Yang luar biasanya adalah jalan ini masih satu lorong 'dulu, kini dan selamannya?'. Sampai bila kita di suruh bersabar?
Ini masalah rakyat, ini tentang kebajikan rakyat, semua rakyat menggunakan jalanraya, yang tua, yang muda, jalan ini adalah jalan utama bagi ke sekolah dan di tempat kerja.
Kerajaan harus peka, harus mengambil tanggungjawab, harus menjadi kerajaan yang berintegriti, kebajikan rakyat perlu di utamakan. Ini bukan projek politik, ini projek rakyat yang harus di segerakan untuk kebaikan bersama. Jadi kenapa ditangguhkan perancangan pelaksanaan 2 lorong di sini?
Maaf, selepas ini, akan ada suara yang menyatakan, jalanraya 2 lorong sedang dalam perancangan. Dirancang untuk di bina bila? Sudah bertahun jalan satu lorong ini, kita bukan bercakap seminggu dua minggu atau bulan ke bulan, kita bercakap tahun dari tahun!
Sekarang rakyat adalah Yang Berhormat, dan pimpinan kita adalah Yang Berkhidmat. Zaman sebelum itu sudah berakhir. Kuasa di tangan rakyat.
21 Sept 2018









0 comments