Bisnes 'jatuh' PART III. Setelah 'marketing' gila-gila, alhamdulillah,kami mendapat beberapa tempahan pakej daripada pelanggan dari Semenanjung Malaysia. Tidaklah, ia terus berturut-turut, tetapi bolehlah untuk memusing modal. Dengan penuh yakin, kami melayani pelanggan kami, walaupun pada masa itu, duit sengkek paras lutut!
Ketika inilah, kami sempat 'mengorek' jualan serunding kami di kedai-kedai yang kami hantar serunding. Betul, kami datang ke kedai, dan menunjukkan resit serunding yang belum di bayar. Adalah dalam RM2-3K.
Di situlah, kami jelaskan sewaan pejabat, audit syarikat, dan lain-lain kos operasi pejabat. Terus terang, elaun yang sepatutnya saya terima, sehingga setahun lebih saya bekerja tanpa apa-apa. Tidak untuk memalukan, inilah dunia bisnes. Keutamaan untuk menghidupkan syarikat, yang secara peribadi saya anggap sebagai pembangunan ekonomi ummah untuk kebaikan masyarakat dan dakwah, juga jamaah.
Alhamdulillah, dari bulan ke bulan, bisnes kami semakin mendapat sambutan, namun kami masih melakukan bisnes sampingan, yakni bisnes pusing modal. Kami tidak berharap kepada bisnes satu-satunya sahaja, kami pusing modal untuk menjana bisnes lain sampai sekarang.
Kami juga belajar untuk meminimumkan kos operasi, dan memaksimumkan keuntungan.
Bersambung PART IV...





0 comments