BISNES 'JATUH' PART II. Tidak di nafikan, kami melakukan banyak kesilapan 'orang muda' dalam berbisnes. Maka, kami ceritakan satu persatu buat orang muda, agar tidak melakukan kesilapan yang sama.
Berkata Jack Ma, dia bertahan kerana ideanya, bukan atas keyakinannya kepada kemajuan internet pada masa hadapan, melainkan lebih kepada kepercayaan bahawa dia akan mendapatkan sesuatu dari pengalaman ini.
Berkata beliau lagi, apapun yang di hadapi seseorang, entah menuju kegagalan atau kejayaan, sebenarnya sudah merupakan pengalaman menuju kejayaan.
Nah! Apa yang kami buat setelah bisnes kami hampir-hampir menemui kegagalan dari segi modal? Tidak, kami tidak meminjam mana-mana perbankan, tidak kepada SME, tidak kepada MARA.
Benar, keadaan itu membuatkan kami tertekan, ketika saya memandu balik dari Kuching International Airport, akal ligat berfikir-fikir tentang kesilapan yang di lakukan, tentang di mana akan di cari modal untuk bisnes ini bertahan.
Alhamdulillah, akhirnya, kami membuat keputusan, memantapkan 'marketing' kami yang sudah sedia ada. Dalam 3 bulan pertama, 'marketing on-line' kami diperbaiki, di buat dengan sempurna dan istiqomah. Fokus kami sekarang adalah 'marketing'. Terus-terusan 'marketing. Kami cuba buat dengan gembira, walaupun sebenarnya dalam tekanan!
Allah bagi jalan, dengan rendah hati, kami tawakal kepada Allah Yang Maha Pemberi Rezeki. Amat sukar kami hendak ceritakan sepenuhnya keadaan ini.
Tahukah anda, apa yang berlaku selepas itu? sehingga sekarang, kami dapat bertahan dalam bisnes pelancongan (ketika kami mulai masuk dalam perniagaan ini di Sarawak, orang Islam yang menceburi bidang ini boleh di kira dengan jari)
Kita bersambung PART III
*gambar name card pertama syarikat kami, tahun 2011





0 comments