'Surat Dari Rakyat Marhaen' buat YAB Abang Johari.
YAB Abg Johari harus belajar dari kesilapan Dato Seri Najib Razak.
Sejarah sudah tercipta, DS Najib sudah di tumbangkan kerana kebangkitan rakyat. Rakyat telah memilih untuk menjadikan seorang 'tua' memimpin mereka, bahkan mungkin lebih tua dari nenek kita sendiri.
Pelbagai isu melanda pemerintahan DS Najib, yang tidak di jawab secara umum, malah di nafikan fakta-fakta yang ada.
DS Najib lebih fokus kepada 'ketuaan' Tun Mahathir berbanding isu-isu yang harus dia jawab.
DS Najib dan kawan-kawan politik asyik menyerang Tun Mahathir secara tidak rasional, menghalangnya dari berucap malah membuang semua gambar pada poster pilihanraya.
Rakyat semakin bijak menilai, malah Tun Mahathir ketika di hina, di caci, di sindir, tidak pantas menjawab apa yang di lontarkan oleh DS Najib dan.kawan kawannya seolah-olah bayang seorang nenek yang melayan cucunya.
Betul, rakyat menolak BN/UMNO bukan sebab parti, sentimen yang di mainkan adalah 'tolak Najib, Tumbangkan Najib'.
Pemerintahan DS Najib jelas tidak di senangi rakyat, walaupun TMJ seolah-olah 'masuk campur' ,akhirnya bangsa Johor juga telah membuat keputusan bagi menumbangkan DS Najib.
Itu cerita DS Najib, dengan gelombang rakyat yang ada, tidak sukar meramalkan BN/UMNO akan tumbang sebenarnya terutamanya di Semenanjung dan Sabah.
DS Najib gagal memahami kemahuan rakyat, segala media memainkan isu 1MDB adalah benar, GST adalah rasional, dan segalanya betul mengenai kerajaan DS Najib.
Mereka lupa, berapa ramai yang sudah memboikot TV3, berapa ramai yang sudah mual dengan TV3, malah berasa hendak muntah apabila mendengar berita.TV3.
DS Najib sudah mula syok sendiri, di mana-mana dia bercakap akan senantiasa ada tepukan, anda pun tahu apa maksud tepukan itu. Adakah 'budaya' ini tersemat dalam jiwa PBB?
Key pointnya adalah, kemahuan rakyat. DS Najib seolah-olah tidak mendengar, malah memekakkan telinga daripada mendengar keluhan rakyat begitu juga dengan kawan-kawannya.
*Projek LRT*
Kini, di Kuching, perkara yang hampir sama berlaku. YAB Abg Johari bukan sekadar memerintah Kuching, malah Sarawak. Apa yang di buat seharusnya memikirkan semua untuk seluruh Sarawak. YAB Abg Johari hendak membuat LRT di Kuching & Samarahan dengan rasionalnya dia mempertahankan projek LRT nya. Apakah rakyat Sarawak 'serasional' beliau dalam projek LRT?
Sarawak bumi yang besar, puluhan tahun di bawah pemerintahan BN, di sesetengah tempat, malah kebanyakkan tempat tiada bekalan air dan bekalan elektrik yang mencukupi, malah ada yang tiada langsung. Ini kemudahan asas yang rakyat hendak BN selesaikan di bumi Sarawak. Sebenarnya sesuatu yang tidak logik, Sarawak tidak dapat menyelesaikan masalah air dan elektrik setelah berpuluh tahun memerintah, dengan alasan Sarawak ini besar dan luas, itu bukan jawapan yang releven pada masa ini. Ini kehendak rakyat.
*Transformasi Digital*
Ketika musim kempen di Sibu, dan ke bahagian pedalaman Sibu, kita seringkali melihat banner YAB Abg Johari dengan ayat di banner 'tranformasi digital'. Saya yakin, 90% rakyat yang berada di kampung ini tidak faham apa itu transformasi digital dalam keadaan air tiada, bekalan elektrik tiada. Wah, ini semacam mimpi yang sukar di fahami, apalagi untuk di 'terjermahkan' maksudnya. Jika kita ke sebelah Samarahan, masih ada tempat tiada bekalan air yang sempurna.
Sekali lagi, aspirasi rakyat kebanyakkan tidak di raikan, dengan mengutamakan projek-projek bandar, malah orang bandar pun 'mementang' projek-projek ini.
Apa yang ingin di sampaikan, kerajaan negeri Sarawak harus memikirkan bagaimana satu projek membangunkan insfrastruktur bekalan air dan elektrik di seluruh Sarawak dapat di capai, dapat di laksanakan segera. Kita tidak mahu apabila tahun 2020, kita masih menghadapi isu asas yang sama, isu yang sewajarnya sudah diselesaikan lama, namun masih wujud sehingga kini.
Jika projek-projek asas ini tidak seiring di laksanakan, dan di beratkan oleh kerajaan Negeri, suara rakyat tidak menjadi kepedulian bagi pemimpin, kita sewajarnya melihat pengajaran DS Najib yang tumbang kerana keramatnya suara rakyat. Harapan, menteri-menteri di dalam PBB, rakan-rakan di dalam PBB, menegurlah untuk kebaikan rakyat Sarawak.
Jika di yakini, projek LRT dan transformasi digital ini mendapat sokongan rakyat, teruskanlah dan buktikanlah!
Saya khuatir, rakyat akan membuktikan sebaliknya selepas ini.
Salam Ramadhan semua!
Kamek sayang Sarawak!
Bahtiar b Hj. Mahidin
[Ini Part 1, Part 2 nanti kita, inshAllah akan kupas sedikit kenapa di Sarawak, mereka masih mengundi BN, faktor apa penyebabnya]







0 comments