Secara jujurnya, saya bukanlah peminat sukan gusti, dahulu hanya menyaksikan WWF yang di katakan gusti 'pelakon watak'. Oleh itu, seorang yang bergusti di arena WWF adalah seorang pelakon, maka tidak hairanlah Kane, Dwayne Johnson (The Rock), John Cena, Steve Austin dan Hulk Hogan adalah pelakon filem setelah masuk dalam drama 'gusti'. Keseronokan kita melihat gusti lakonan itu hanyalah hiburan semata-mata, dan percaya atau tidak masih ada pengemar gusti WWF di kalangan orang tua kita.
Yang terbaru, dan yang baru panas tengahari tadi adalah UFC, yakni Ultimate Fighting Championship yang mempersaksikan lawan antara Khabib Nurmagomedov dan Conor McGragor. Kepanasan pertandingan dua jaguh ini selain ia adalah perlawanan final dalam tahap mereka, ia menjadi 'panas' apabila Conor McGragor membuat tawaran sindiran bersifat 'agama' kepada Khabib Nurmagomedov yang beragama Islam. Malah di katakan, kepada Khabib seorang pengganas semata-mata dia seorang Islam.
Dalam pertandingan yang berlangsung selama 19 minit lebih, kita lihat betapa Conor di belasah oleh Khabib dan kita dapat lihat 'keletihan' Conor dalam pusingan perlawanan. Akhirnya Khabib di isytiharkan pemenang,
Sebenarnya, isu siapa menang atau kalah, bukanlah isi utama dalam perlawanan sukan, isu siapa menang atau kalah bukannya membawa kepada kemenangan Islam atau agama selainnya, dalam sukan tidak pernah kemenangan sukan membawa kepada kemenangan agama mahupun kebenaran dalam beragama.
Sukan sepatutnya menyatukan, sukan sepatutnya membuka jalur silaturahim, sukan sepatutnya melapangkan dan memupuk semangat persaudaraan sesama manusia. Warna kulit, agama, perbezaan sosioekonomi tidak sepatunya menjadi perkara/isu yang menjadikan sukan sebagai 'alat peperangan'.
Tiada tempat bagi mereka yang bersukan menghina agama suatu kaum, atau keluarga, atau warna kulit. Sukan bukan tempat dan peluang menghina bangsa dan agama! Apa-apa agama pun!
Dengan sukan, kita dapat berkenal-kenalan antara wakil negara, bukannya bermusuhan.
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). - 49:13
Allah telah memberikan petunjuk kepada seluruh manusia yang ada di muka bumi, sebagai asas dan tahap akhlak kemanusiaan agung yang perlu manusia amalkan dalam kehidupan, yang perlu manusia fikirkan, bahawa penciptaan kita dengan pelbagai bangsa dan bersuku puak adalah bertujuan kita saling kenal mengenal.
Jauh sekali semangat sukan kita apabila, kita bersukan sambil mengherdik sesama lawan kita sebelum perlawanan bermula apalagi semasa perlawanan dan selepasnya.
Saya yakin, semua agama tidak mahu agamanya di hina, di perlekehkan, di caci. Semua kita bersetuju.
Perlawanan UFC antara Khabis dan Conor tidak membawa apa-apa kemenangan kepada agama walau sedikit pun, ia cuma lah sukan yang di 'kotori' dengan jiwa yang kotor, dengan kata nista dan penghinaan keluarga.
Sukan bukanlah tempat memperlihatkan kebencian sesuatu kaum dan agama, sukan membawa kita berkenal-kenalan antara sesama kita, sukan menyatukan manusia paling tidak dalam perhubungan sesama manusiawi, sukan membawa kemenangan kepada semangat persaudaraan sejagat.
Mari kita bersama mengambil iktibar atas pertandingan UFC ini sebagai iktibar generasi manusia, iktibar untuk seluruh umat manusia tidak mengira agama apa yang mereka anuti.
Bahtiar b Hj Mahidin
Damai Puri Resort, Santubong
7 Oktober 2018





0 comments