Untung RM0.40
Ketika kita mula berbisnes, amalan orang berniaga, apabila letak harga, mempunyai 'safety cost'. Memang betul sesetengahnya perlu kepada safety cost. Pernah suatu waktu dahulu, selesai sahaja menghantar kek lapis sarawak kepada guest di pejabat pos laju, terus mengira2 kasar dlm hati, berapa keuntungan setelah tolak kos pos laju. (Kebetulan pada masa itu, kenaikan tambang pos laju berlaku pada masa itu). Setelah kiraan kasar, keuntungan bersih cuma RM0.40. Dalam hati, macam tak percaya, tetapi itulah kenyataan.
Kita belajar dari pengalaman lalu. Jangan ingat dalam bisnes, terus dapat untuk beratus-ratus, beribu-ribu. Mula dari kecil, pengalaman pun kecil, inshAllah bila dah besar sikit, pengalaman pun bertambah.
Itulah rezeki RM0.40. Jangan di keluh, kerana pengalamannya amat bernilai. Akhirnya, semuanya berbalik kepada Allah Yang Maha Pemberi Rezeki.
#kongsipengalamanbisnes
9 April 2017 via FB Bahtiar bin Mahidin





0 comments